Monday 2 August 2010

3 Ogos 2010

Dalam kehidupan kita..kita akan jumpa dengan pelbagai rupa manusia..ada yang sangat prihatin..ada yang sangat memahami..ada yang sangat pemurah dengan nasihat...dan ada juga yang sangat menjengkelkan...dan yang menjengkelkan ni selalunya tak ramai...tapi kadang-kadang menyentuh hati dan kredibiliti kita..

bila kita cakap..semuanya tak betul..bila kita bertindak semuanya tak matang..bila kita bersuara..ada saja tak kena..bila kita berjaya dia akan kata kita buat sesuatu yang tak baik untuk berjaya..kadang-kadang rasa sakit hati sangat dengan orang macam ni..tapi..bila kita fikir dari sudut yang lain...kita akan jadi lupa kalau selalu kena puji..sesekali bila jumpa orang macam ni..kita akan jadi lebih kritis..rasa amarah kita akan terusik..dan gelombang hidup kita akan berubah..barulah dinamakan kehidupan...kita akan menilai diri dari sudut pandangan yang berbeza...dari sudut pandangan mereka yang menjelikkan..setidak-tidaknya..kita belajar menjadi lebih sabar..

Hari ni..saya berhadapan dengan orang yang sebegini...hati saya sakit sangat..rasa macam nak menangis..terasa macam bodoh-bodoh alang bila diperkecilkan begitu...tapi..saya berfikir semula..saya perlu bertenang..mungkin itu cara dia..yang perlu saya terima.

No comments:

Post a Comment