Friday 27 July 2012

27 Julai 2012

Rasanya sampai minggu depan aku masih lagi tak dapat ajar kelas Fizik form 5 disebabkan kena tunggu guru ganti untuk Sains form 3...rasa macam terumbang ambing bila masih guna jadual waktu lama....ada lagi satu Chapter Physic form 5 yang belum habis...harap2 sempatlah habiskan sebelum trial  SPM bulan September nanti.. Dan harap-harap Rosmawati dapatlah bersalin dalam masa terdekat ni supaya guru gantinya cepat pula bertugas...dengarnya dia dah overdue ..

Esok dah mula kelas kecemerlangan..Add Math dan Fizik..dari jam 8 hingga 11...kertas modul dah diedarkan...jangan korang tak buat sudahlah...

Hari ni bukak puasa ingat nak masak beehoon goreng je..dengan keropok lekor...

PEKA Sains form 3 masih lagi tak siap..dah semak..cuma markah belum lagi dikemaskini..harap2 dapat siapkan cuti hujung minggu ni...tak sabar nak hantar markah PEKA ...semak kepala..dan minggu depan dah mungkin dan bukak talian untuk masukkan markah kerja kursus kat lpm..huhu..banyaklah kerja menanti..

lama dah tak gi bercuti...


Wednesday 25 July 2012

26 Julai 2012


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn.
 
 
Alhamdulillah...dah masuk hari ke 6 Ramadhan...Ramadhan yang menenangkan...mama belom start puasa pun...aihh sedih ni tak menyambut puasa...mudah-mudahan tak delah nak mengganti banyak puasa...



Semalam beli oven...haihhh sadis sungguh dah sebelas tahun kawin baru beli oven...ada microwave...tapi bukan microwave oven ..jadi fungsinya terhad...lagipun masak guna microwave macam tak berapa gitu rasanya...jadi petang semalam mama pun buatlah murtabak roti...jadilah jugak...cuma macam kering sikit..tak juicy.. lain kali boleh try lagi...ingat tahun ni nak buat biskut raya sendiri...kononnyalah...kononnya...