Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami
sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan
nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah
engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk
kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami
memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur
setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon
anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus
Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn.
Semalam beli oven...haihhh sadis sungguh dah sebelas tahun kawin baru beli oven...ada microwave...tapi bukan microwave oven ..jadi fungsinya terhad...lagipun masak guna microwave macam tak berapa gitu rasanya...jadi petang semalam mama pun buatlah murtabak roti...jadilah jugak...cuma macam kering sikit..tak juicy.. lain kali boleh try lagi...ingat tahun ni nak buat biskut raya sendiri...kononnyalah...kononnya...
No comments:
Post a Comment