Thursday 14 July 2011

15 Julai 2011

Semalam petang bawak ariq gi gunting rambut..sejak dia lahir sampailah umur dia dua tahun tak pernah gunting rambut dia..rambut pun tak berapa nak ada..nipis je...tapi bila dah besar ni baru perasan rambut dia kerinting..kembang cam perempuan kalau tak digunting...

bukan tak nak bawak dia gunting dulu..tapi tulah....ariq takut dengan lelaki dewasa..(skema nye bunyi)..tu yang mama dia berdebar-debar tu...takut dia melaung tiba-tiba..tapi...semuanya berjalan dengan lancar sekali...tak sampai 5 minit dah siap...bagus betul tukang gunting tu...budak lelaki muda..relaks je dia....

akhirnya ariq pun botak...kak yin pulak yang kepoh..."ariq gunting rambut mama"...

balik rumah malam tu dah nak tido dah..tetiba papa suruh kami bertiga bangun
"suis lampu(tombol) hilang...siapa main? cepat pergi cari..." bangunlah kami 3 beranak mencari...saya yakin ariq yang main benda tu masa saya masak petang tadi..berhabislah kami mencari..sampai satu rumah berbongkar...last2 mama kemas je balik sebab tak jumpa...tiba-tiba..mama teringat...ntah-ntah dalam peti sejuk...sah..memang dia letak kat dalam peti sejuk..aihh anak...anak..

No comments:

Post a Comment