Friday 25 January 2013

25 Januari 2013

Semalam cuti Maulidurrasul.. hari ni sekolah..lepas tu besok cuti 2 hari....di sebabkan sehari sebelum cuti Maulud Nabi tu adalah pemberian RM100 kepada pelajar sekolah maka mereka pun menyambung cuti sambil enjoy duit seratus yang kerajaan bagi tu...ha kau hari ni melambak memonteng sekolah..hawau je budak-budak ni

Jadual waktu saya bertambah lagi minggu ni...tetiba dapat subjek PJK..ajar add math..fizik ..sains ..pendidikan moral..tak cukup kena bagi PJK pulak...rasa macam cikgu yang sangat serba boleh..haha..apa nak buat ..dah guru tak cukup..terima jelah..sepanjang mengajar ni le first time mengajar PJK.. acaner tu..perlukah aku memakai baju sukan ke sekolah..emm

Sejak anak-anak dah sekolah ni saya tak boleh sangat nak berjimba kat sekolah..pagi hantar diorang..tengahhari habis je kelas terus bergegas gi Tadika ambik diorang..pastu bawak gi kantin makan..Ariq kalau balik je dari sekolah dia punya kebulur bukan main lagi..padahal dah makan pun kat sekolah tu..agaknya main banyak sangat le tu kat sekolah....

tu jelah cerita hari ni..oh ye tadi masak nasi goreng ngan kari ayam sahaja..gambar takde

mama dan anak daranya... sama tak muka..haha





1 comment:

  1. Mesti lah sama, ke mana lagi tumpahnya kuah kan.. hehe, ala comelnya anak dara tu, geram pipi dia.

    ReplyDelete